ASB tips n tricks

Ada berita baik utk fellow millionaires

Dalam diam2, kebanyakan bank ada menawarkan perkhidmatan pinjaman ASB. Kadar faedah ialah BLR + 0.5% annum. Kat mana kita boleh buat untung kat sini? Lets review some stuff first

1. BLR(Base Lending Rate) terkini = 6.0%
2. Faedah loan yang dikenakan = BLR + 0.5, jd faedah loan yang dikenakan = 6.5%
3. Dividen ASB lebih kurang 10% (nilai dividen berubah2 ikut tahun, jd saya abaikan bonus dan tetapkan dividen 10% supaya senang kira. Nilai ni belum pernah lagi lebih rendah dari BLR)

Nampak dah? Kita pinjam duit yg berfaedah 6.5% setahun, untuk melabur dlm saham yg bagi dividen 10% setahun. Kalau kita pakai balik duit dividen tu utk bayar monthly payment hutang, kita akan dapat untung 3.5%!! Yay! Duit free

Some additional info
1. Kaedah yang saya ceritakan ni ditawarkan oleh Maybank. Saya belum survey lg bank lain.
2. Duit yang kita pinjam tu akan terus digunakan oleh bank utk beli sijil ASB atas nama kita. Sijil ni akan di pegang oleh bank sampai kita habis bayar hutang, tapi kita boleh mintak salinan fotostat.
3. Nilai minimum ialah RM20k, maksimum RM200k
4. Bayaran balik secara bulanan. Tempoh maksimum bayaran balik hutang ialah 20 tahun.
5. Tak payah penjamin, tak payah down payment. Masa nak apply nanti bawak buku ASB je.
4. Kalau tak paham jugak, belanja saya teh tarik. Nanti saya terangkan :-)
Seperti ilmu, kekayaan cuma akan datang kepada yang mencari

Leave a Reply